Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fund


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTARABANGSA

Tabung Pembangunan Pertanian

Antarabangsa (International Fund for

Agricultural Development-IFAD) ialah agensi khas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IFAD

menyediakan bantuan kewangan untuk pertanian

dan pembangunan luar bandar di negara-negara

miskin yang menganggotai IFAD. Kebanyakan

negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu adalah anggota IFAD.

IFAD membiayai projek yang menggalakkan

peningkatan pengeluaran makanan di negara-negara

membangun. Ia juga berusaha

mengukuhkan dasar dan institusi pertanian negara-negara

ini dan juga meningkatkan taraf pemakanan

dan taraf hidup. IFAD ditubuhkan pada tahun 1977

dan beribu pejabat di Rom.

UMUM 
SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR

SHARIFAH FATIMAH SYED ZUBIR (1948-     ), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah.  Nama penuhnya ialah Sharifah Fatimah Sayed Zubir Barakbah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967, dengan mengikut kursus seni lukis. Pada tahun 1967, dia menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di Reading University, England, dalam jurusan seni halus.  Dia meneruskan pengajiannya ke peringkat sarjana dengan hadiah biasiswa John D. Rockefeller III fund Fellowship di Pratt Institute, New York dan memperoleh ijazah sarjana dalam bidang seni halus pada tahun 1978.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas