SURAH AL-FURQAN | Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat. Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T. menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al- Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau pemisah. | UMUM | |
AL-QUR'AN | Al-Quran, kitab suci agama Islam. Al-Quran juga mempunyai nama yang lain seperti al-Furqan, al-Kitab, al-Zikr, al-Nur, al-Tanzil dan al-Bayyinah. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SURAH AL-RAHMAN | Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu?”. (Surah al-Furqan 25:60) | UMUM | |
QARI AL-HARAWIY, AL - | Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al- Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah dan menetap di Makkah sehinggalah dia meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih; Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al- Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah; Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan sebagainya. | UMUM | |