GABENOR JENERAL | | UMUM | |
NICHOLLS, SIR DOUGLAS | Nicholls, Sir Douglas (1906–1988), Orang Asli Australia yang pertama dianugerahi gelaran kesateria dan menjadi gabenor negeri. Dia berkhidmat sebagai gabenor negeri di Australia Selatan pada tahun 1976 dan tahun 1977. Dia dianugerahi darjah kesateria pada tahun 1972 sebagai pengiktirafan terhadap perjuangannya kepada penduduk Orang Asli Australia . Dia merupakan anggota pengasas Aborigines’ Advancement League dan menjadi pengarahnya pada tahun 1969. Douglas Ralph Nicholls lahir di Cummeragunja di New South Wales. Pada mulanya, dia lebih dikenali sebagai ahli tinju, pelumba lari, dan pemain bola sepak. Kemudian, dia menjadi pastor Churches of Christ Aborigines’ Mission di Fitzroy, Victoria. | UMUM | |
ATHLONE, EARL OF | Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga diraja Britain dan seorang pegawai tentera, berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya untuk mengekalkan peranan Kanada semasa Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan 1944, dia menjemput Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill untuk menghadiri dua persidangan masa perang yang bersejarah di kediamannya di Quebec. | UMUM | |
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF | Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847– 1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal gabenor jeneral kerana enggan meluluskan pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan tamat tempoh perkhidmatannya. | UMUM | |
SURAT KEW | SURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London. Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda. Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan. Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan. Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut. Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British. Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters). Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat. Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
WELD, FREDERICK | Gabenor Negeri-negeri Selat (1880-1887). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WIZURAI | Naib raja atau gabenor jeneral yang mentadbir sesebuah wilayah yang ebrada jauh dari pemerintahan pusat bagi sebuah negara penakluk. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
MINUIT, PETER | Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini sebahagian daripada New York City) daripada Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan). Pembelian ini menyebabkan terdirinya penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort Amsterdam sebagai perlindungan tambahan daripada Orang Asli Amerika yang bersikap bermusuhan. New Amsterdam ialah asas permulaan New York City. | UMUM | |
PHILLIP, ARTHUR | Phillip, Arthur (1738–1814) ialah gabenor pertama New South Wales, Australia. Dia menubuhkan petempatan orang Eropah di Australia . Dia juga terlibat dalam tentera laut, sehingga mendapat pangkat laksamana. | UMUM | |
STUYVESANT, PETER | Stuyvesant, Peter (1610?–1672) ialah Gabenor Belanda yang terakhir di New Netherland, Amerika Utara. New Netherland termasuk kawasan di New York kini dan beberapa negeri yang berdekatan (lihat New Netherland). | UMUM | |