ATHLONE, EARL OF | Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga diraja Britain dan seorang pegawai tentera, berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya untuk mengekalkan peranan Kanada semasa Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan 1944, dia menjemput Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill untuk menghadiri dua persidangan masa perang yang bersejarah di kediamannya di Quebec. | UMUM | |
GABENOR JENERAL | | UMUM | |
WIZURAI | Naib raja atau gabenor jeneral yang mentadbir sesebuah wilayah yang ebrada jauh dari pemerintahan pusat bagi sebuah negara penakluk. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON | Speelman, Cornelius Janszoon (1628–1684), memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda. Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia Timur Belanda sebagai pembantu. Selama bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta). | UMUM | |
DAENDELS, HERMAN WILLEM | Daendels, Herman Willem (1762–1818) ialah gabenor jeneral Hindia Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1808 hingga tahun 1811. | UMUM | |
ALEXANDER OF TUNIS, EARL | Alexander of Tunis, Earl (1891–1969), ketua tentera dan negarawan Inggeris dan merupakan orang kelahiran Britain yang terakhir menjadi Gabenor Jeneral Kanada. | UMUM | |
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF | Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847– 1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal gabenor jeneral kerana enggan meluluskan pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan tamat tempoh perkhidmatannya. | UMUM | |
PULAU NORFOLK | Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600 kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000 kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand. Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini bertanggungjawab kepada kerajaan Australia melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi menampung kos kerja raya. | UMUM | |
BUCHAN, JOHN | Buchan, John (1875–1940), diplomat dan pengarang Inggeris, berkhidmat sebagai gabenor jeneral Kanada dari tahun 1935 hingga 1940. | UMUM | |
MUNTOK | MUNTOK , pelabuhan utama di Pulau Bangka, Sumatera, Indonesia pada abad ke-19. Pulau Bangka mempunyai empat daerah iaitu Muntok, Plangas, Ampang dan Kadiala. Muntok ialah daerah terbesar di Pulau Bangka. Nama Muntok diambil sempena nama Lord Minto, Gabenor Jeneral British di India. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |