GELOMBANG GADANG | | UMUM | |
RUMAH GADANG | RUMAH GADANG, rumah tradisional yang dimiliki bersama sebagai rumah pesaka oleh keluarga matrilineal di daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Rumah ini menjadi pusat pengaturan segala yang bersangkutan dengan kehidupan para kerabat matrilineal, dan juga melambangkan semangat demokrasi kerana di sinilah tempat rakyat bermusyawarah dan melaksanakan acara adat serta acara keagamaan. | BUDAYA | Bangunan/Kota |
SELAT BRISTOL | Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang terletak di antara Wales dengan barat daya England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku ombak muara (ombak gadang yang tinggi). Ombak ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn. Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12 meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara Sungai Severn. | UMUM | |
SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI | SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI (1852/1860-1916), ulama Indonesia. Beliau lahir di Koto Gadang. Nama sebenarnya ialah Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. Ayahnya, Khatib Nagari ialah saudara Datuk Rajo Mangkuto, Tuanku Laras Koto Gadang, manakala ibunya ialah saudara kandung ibu Syeikh Tahir Jalaluddin, pelopor gerakan pembaharuan Islam di Dunia Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TELUK BENGGALA | Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan Hindi, yang bersempadan dengan India, Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta, Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza. Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Kepulauan Mergui terletak di timur teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi ombak gadang ada kalanya berlaku di teluk ini pada penghujung musim monsun (September/Oktober). | UMUM | |
BUKITTINGGI | BUKITTINGGI, kotamadya yang terletak di Propinsi Sumatera Barat, di dataran tinggi Agam, yang ketinggiannya 927 m daripada aras laut dan keluasannya 24.90 km persegi dengan jumlah penduduk 86 771 orang. Kotamadya ini asalnya dikenal sebagai Kota Tri Arga yang bererti kota tinggi gunung iaitu Gunung Merapi, Singgalang dan Sago. Bukittinggi terkenal dengan bangunan Jam Gadang yang dibina di tengah-tengah kota oleh seorang Belanda bernama Rookmaker pada tahun 1926. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SITI ROHANA KUDUS | SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia. Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan. Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus. Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir, tokoh nasionalis Indonesia. Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang. Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PAYAKUMBUH | PAYAKUMBUH, kotamadya dan ibu kota kabupaten Lima Puluh Kota di bahagian timur Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. la terletak di sekitar pergunungan Bukit Barisan. Luas wilayahnya ialah 8042 km persegi. Kotamadya Payakumbuh dilintasi oleh Sungai Agam, Batang Lampasi dan anak Sungai Sinaman. Menurut sejarahnya, perkataan payakumbuh berasal daripada bahasa Minangkabau 'kumbuah nan payau' yang bermaksud 'kumbuh yang subur'. Kumbuh adalah sejenis tanaman yang tumbuh di paya. Tanaman ini dahulu banyak terdapat di Koto Nan Gadang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |