Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GADING UMUM 
PALMA GADING

Palma gading ialah pokok palma rendah yang

berasal dari Amerika Selatan. Pokok ini juga

dinamakan palma biji gading kerana bijinya

pernah digunakan sebagai ganti kepada gading.

UMUM 
HITAM GADING UMUM 
MENGUKIR

Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan,

atau objek dengan tangan untuk hiasan pada

bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang

dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan

ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah

mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan

kepada hiasan yang diukir pada perabot atau

bahagian bangunan.

UMUM 
SKROL

Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau

bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya.

Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading,

atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di

kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau

hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan

memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup

pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan

gulungnya dibuka daripada satu rod dan

digulungkan pada rod yang satu lagi.

UMUM 
PYGMALION

Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus

dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci

terhadap kezaliman wanita pada zamannya,

Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita

cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta

padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion,

dewi Aphrodite menukar patung tersebut

menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan

mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos.

UMUM 
JUBANG

JUBANG, cerita lipur lara Melayu.  Cerita ini  tersebar dan terkenal di negeri Kedah.  Antara penglipur lara yang pernah menuturkan  cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah.  Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’.  Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
TAN MALAKA

TAN MALAKA (1897-1949), tokoh politik kiri dan nasionalis Indonesia.  Dia lahir di Pandan Gading, Sumatera Barat.  Nama sebenarnya ialah Ibrahim Datuk Tan Malaka.  Dia memulakan pendidikan sekolah dasarnya di Suluki pada tahun 1902.  kemudian dia melanjutkan pelajarannya di sekolah guru (Kweekschool) di Fort de Kock (dekat Bukittinggi).  Seorang guru Belanda bernama G.H. Horensma tertarik dengan kecerdasannya lalu menggalakkannya supaya melanjutkan pelajaran ke Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TEUKU ISKANDAR

TEUKU ISKANDAR (1924 -       ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947).

SASTERATokoh
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(1733–1797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM 

Kembali ke atas