Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadis I

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti gadis sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perawan yang pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RINGETTE

Ringette ialah sejenis sukan berpasukan untuk

gadis dan wanita muda. Permainan ini seakan

serupa dengan permainan hoki ais. Permainan ini

dicipta di Ontario, Kanada pada tahun 1963. Kini,

permainan ini dimainkan di bahagian utara

Amerika Syarikat dan beberapa buah negara

Eropah serta Kanada.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

             

 

 

BUDAYAKonsep
RENOIR, PIERRE AUGUSTEp>

Renoir, Pierre Auguste (1841–1919), pelukis

impresionis Perancis yang terkenal dengan lukisan

gadis muda, kanak-kanak, dan potret kemesraan

dalam kehidupan kelas pertengahan Perancis. Dia

gemar melukis kumpulan orang yang sedang

bergembira dalam suasana yang ghairah, dan dia

selalu menggunakan rakan-rakannya sebagai model.

Dia selalu melukis potret isteri dan anaknya.

UMUM 
ANOREKSIA NERVOSA

Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang

membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini

biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita

muda. Perkataan <i> anoreksia i> bermakna <i> tiada selera i> ,

walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam

keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan

disebabkan oleh alasan psikologi.

Sesetengah penghidap anoreksia mengalami

perasaan ketagihan makanan, yang disebut

<i> bulimia i> . Dalam keadaan begini mereka akan makan

dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa

diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan.

Lihat Bulimia.

UMUM 
PERISTIWA NATRAH

Peristiwa Natrah ialah peristiwa rusuhan yang

berlaku di Singapura pada tahun 1950 berikutan

bantahan orang Islam Singapura terhadap

keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang

membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis

Belanda yang telah menganut agama Islam.

UMUM 
YOUNG WOMEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YWCA)

Young Women’s Christian Association

(YWCA) ialah pertubuhan wanita berbilang

bangsa yang tertua dan terbesar di dunia.

Keanggotaan pertubuhan ini terbuka kepada

wanita dan anak gadis dari semua agama dan latar

belakang.

UMUM 
SALOMA

Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan

Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah

Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang

seni bermula semenjak zaman persekolahan.

Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil

bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden”

dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka

depan akhbar <i> Utusan Melayu i> . Pada masa itu

usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya

dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di

bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek,

kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan

ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan

persekolahannya.

UMUM 
MOORE, GEORGE AUGUSTUS

Moore, George Augustus (1852–1933) ialah

pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan

pengaruh realisme Honore de Balzac dan

naturalisme Emile Zola. Novelnya, <i>Confessions ofi>

<i> a Young Man i> (1888), merupakan pemaparan yang

bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel <i>Estheri>

<i> Waters i> (1894) menceritakan penderitaan dan

nasib malang seorang gadis pembantu rumah.

Novel <i>Heloise and Abelard i>(1921) ialah sebuah

karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada

Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung

fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu

penyusunan semula yang amat imaginatif

mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan.

Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha

untuk mewujudkan drama asli Ireland dan

membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia

menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir <i>Haili>

<i> and Farewell i> (1911–1914). <i>Avowals i>(1919) dan

<i> Conversations in Ebury Street i> (1924) merupakan

karya autobiolografinya dalam bentuk dialog.

UMUM 
MINOTAUR

Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang

berkepalakan lembu jantan dan berbadankan

manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan

Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos

mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu

bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun

dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh

orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens

kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens

akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri

dari Labirin dengan menggunakan benang yang

diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos,

Ariadne.

UMUM 
TUN FATIMAHTUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka.  Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.  Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik.  Mengikut <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah Melayu, I>kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”.  Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir.  Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik.  Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas