Moore, George Augustus (1852–1933) ialah pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan pengaruh realisme Honore de Balzac dan naturalisme Emile Zola. Novelnya, <i>Confessions ofi> <i> a Young Man i> (1888), merupakan pemaparan yang bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel <i>Estheri> <i> Waters i> (1894) menceritakan penderitaan dan nasib malang seorang gadis pembantu rumah. Novel <i>Heloise and Abelard i>(1921) ialah sebuah karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu penyusunan semula yang amat imaginatif mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan. Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha untuk mewujudkan drama asli Ireland dan membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir <i>Haili> <i> and Farewell i> (1911–1914). <i>Avowals i>(1919) dan <i> Conversations in Ebury Street i> (1924) merupakan karya autobiolografinya dalam bentuk dialog. |