Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : nama sj burung berbulu hitam yg suka memakan bangkai, Carvus macrorhynchos macrorhynchos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagak

Puisi
 

Gagak terbang dua kali lapan,
     Hinggap di pohon malim dewah;
Harap tuan saya tak makan,
     Nasi disuap pinggan pecah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun,
     takkan putih bulunya.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAGAK UMUM 
NUTCRACKER

Nutcracker ialah burung dalam famili gagak.

Ada dua spesies nutcracker , satu yang terdapat di

Eropah dan Asia, dan satu lagi di Amerika Utara.

Kedua-duanya adalah burung sebesar burung

jackdaw. Nutcracker Eropah berwarna perang

berangan berjalur putih. Spesies Amerika, iaitu

nutcracker Clark , berwarna kelabu pucat, dengan

kepak dan ekornya berwarna hitam, dan putih.

Kedua-dua spesies ini membuat sarang di tempat

tinggi di dahan pokok pain yang tinggi.

UMUM 
ROOK

Rook ialah anggota paling biasa dalam famili

burung gagak Eropah. Ia lebih kecil daripada burung

raven dan lebih besar daripada burung jackdaw.

UMUM 
RAVEN

Raven ialah burung besar berwarna hitam

keseluruhannya, dalam famili gagak. Terdapat

beberapa spesies raven. Raven biasa di Hemisfera

Utara paling meluas taburannya. Spesies lain

termasuk raven Australia, raven leher perang di

Afrika dan Timur Tengah, dan raven leher putih di

timur dan selatan Afrika.

UMUM 
MURAI

Murai ialah nama yang diberi kepada sebilangan

burung yang berbeza dalam famili gagak, yang

berekor panjang. Murai biasa di Asia, Eropah, dan

Amerika Utara berwarna hitam dengan warna putih

di bahagian bawah dan di hujung sayapnya.

Panjangnya lebih kurang 45 sentimeter. Bulu hitam

di sayap dan di ekornya berwarna hijau-gangsa

berkilat.

UMUM 
ARCHAEOPTERYX

Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan)

haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta

tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan

sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia

yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil.

Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu

yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung.

Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan

Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx

yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an

dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di

Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan

bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia.

UMUM 

Kembali ke atas