| TELINGA GAJAH | Telinga gajah ialah tumbuhan berdaun besar yang berbentuk seperti telinga gajah atau perisai. Terdapat dua spesies biasa. Di Pasifik Selatan, satu jenis telinga gajah dimakan ubinya seperti kentang dan ia dikenali juga sebagai taro, eddo, dan dasheen . Telinga gajah yang ditanam di batas bunga adalah serupa, tetapi ia mempunyai akar yang lebih kecil dan daun yang lebih cantik. Lihat juga Taro . Pengelasan saintifik. Telinga gajah tergolong dalam famili arum, Araceae. Jenis hiasan ialah Colocasia antiquorum . | UMUM | |
| GAJAH | | UMUM | |
| BURUNG GAJAH | Burung gajah ialah mana-mana satu daripada kira-kira tujuh spesies burung raksasa yang telah pupus yang pernah hidup di Pulau Madagascar. Burung ini tidak boleh terbang. Burung gajah yang terbesar tingginya kira-kira tiga meter dan beratnya kira-kira 450 kilogram. | UMUM | |
| TAHUN GAJAH | Tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. | AGAMA | Peristiwa |
| MASTODON | Mastodon ialah haiwan yang hampir serupa dengan gajah. Sekarang, haiwan ini telah pupus. | UMUM | |
| MAMOT | Mamot ialah haiwan prasejarah yang berkait rapat dengan gajah yang ada pada hari ini. Mamot merupakan haiwan yang besar dan berat. | UMUM | |
| SIRENIA | Sirenia ialah nama bagi order (kumpulan) mamalia air yang berkaitan dengan gajah dan hiraks. Dua famili mamalia air yang masih hidup ialah dugong dan manatee (lihat Dugong; Manatee). Nama Sirenia berasal daripada kepercayaan pelaut bahawa dugong dan manatee adalah makhluk penggoda atau ikan duyung. | UMUM | |
| SAFARI | Safari ialah pemburuan teratur di Afrika. Pemburu menyertai safari untuk mengambil peluang membunuh kerbau Cape, gajah, harimau bintang, singa, badak sumbu, atau lain-lain haiwan buruan yang besar. Satu perjalanan teratur untuk mengambil foto haiwan liar juga dikenali sebagai safari. Kebanyakan safari lamanya dari tiga hingga enam minggu. Kebanyakannya diatur oleh syarikat safari yang menyediakan semua bekalan dan personel yang diperlukan. | UMUM | |
| NAST, THOMAS | Nast, Thomas (1840–1902) ialah kartunis politik Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur Harimau Tammany yang dilukisnya menolong memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang diketuai oleh William “Bpss” Tweed di New York City. | UMUM | |
| SURAH AL-FIL | Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati perbincangan utama dalam surah ini adalah berkaitan dengan gajah yang digunakan untuk meruntuhkan Kaabah. | UMUM | |