Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.jus] | ݢاجوس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya berbiji di luar), jambu golok, jambu ketereh, jambu monyet, kajus, janggus, Anacardium occidentale; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), belonggok, Alseodaphne penduncularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.jus] | ݢاجوس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berbiji di luar); janggus; jambu monyet; jambu golok, Anacardium occidentale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAJUS UMUM 
GAJUS SIAGIAN

GAJUS SIAGIAN  (1920 -    ), aktivis filem, penulis dan penterjemah karha sastera Indonesia. Dia lahir pada 5 Oktober 1920 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Setelah tamat dari sekolah dasar, dia melanjutkan pelajaran di Algemeena Middelbare School (AMS) di Yogyakarta dan lulus pada tahun 1941. Dari tahun 1952 hingga tahun 1953, dia ke Belanda untuk mendalami penegtahuannya tentang filem dan kebudayaan Barat.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
SUMAC

Sumac ialah nama bagi sekumpulan pokok kecil

dan pokok renek dalam famili gajus. Sesetengah jenis

sumac adalah beracun, tetapi jenis-jenis lain tidak

beracun dan mempunyai kegunaan komersial.

Contohnya, sesetengah spesies di timur Asia, seperti

sumac Cina, adalah sumber penting lakuer dan lilin

semula jadi. Pokok asap biasa di selatan Eropah dan

Asia membekalkan tanin, iaitu bahan yang digunakan

dalam menyamak dan mencelup. Puru (ketumbuhan)

sumac potanin Cina digunakan untuk membuat

dakwat.

UMUM 
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan

Kembali ke atas