STOR KAPAL | Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan, istilah <i>stor kapal i>merujuk kepada tar dan gala-gala. Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini, istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin, gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan beberapa pokok damar. | UMUM | |
KUPU-KUPU GALA MAHARAJA | Kupu-kupu gala maharaja hidup di timur Australia dari utara Queensland hingga ke Tasmania. Dengan bukaan sayapnya sehingga kira-kira 12 sentimeter, ia kelihatan seperti kelawar apabila ia terbang mengelilingi lampu di jalan pada waktu malam. Kebanyakannya berwarna kekuningan malap. | UMUM | |
ALAT SAINTIFIK | Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari tentang dunia. Segala-gala diketahui tentang persekitaran kita melalui deria seperti pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas dengan baik untuk memberitahu kita apa yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam suatu atom. | UMUM | |
ALAM SEMESTA | Alam semesta mengandungi semua jirim, cahaya, dan bentuk radiasi dan tenaga yang lain. Ia mengandungi segala-gala yang wujud di mana-mana ruang dan waktu. | UMUM | |
MAKANAN | Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan – berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. | UMUM | |
TRISNO SUMARDJO | TRISNO SUMARDJO (1916 – 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 – 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 – 1948). Dia juga menjadi editor majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">SenimanI> (1947 – 1948), ketua majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">IndonesiaI> (1947 – 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">SeniI> (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">GalaI> (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 – 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta. | SASTERA | Tokoh |