Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galang I

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATIPUNANKATIPUNAN, pertubuhan bercorak militan dan radikal yang menuntut pembaharuan dan kemerdekaan Filipina dari Sepanyol. Nama penuh pertubuhan ini ialah Kataastaasan Kagalang-galang na Katipunan ng mga Anak ng Bayan (Highest and Most Respectable Society of the Sons of the Country). Katipunan ditubuhkan pada 7 Julai 1892 di sebuah rumah milik Deodato Arellano di Jalan Azcaraga, Tondo, Manila.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BAHRUM RANGKUTI

BAHRUM RANGKUTI (1919-1977), penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 7 Ogos 1919 di Tigor, Galang, Sumatera Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Haji Laksamana Bahrum Rangkuti. Ayahnya bekerja sebagai penyunting buku di sebuah penerbit swasta dan ibunya pula sering memberikan tumpuan pada masalah-masalah agama Islam serta tertarik pada ilmu tasawuf.

SASTERATokoh

Kembali ke atas