MENCARI GALI | Mencari gali bererti mencari mendapan mineral yang berharga. Pencari gali telah menjumpai simpanan batu arang, petroleum, uranium dan bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral penting yang lain. | UMUM | |
MILES, JOHN CAMPBELL | Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum di Queensland pada tahun 1923 dan menamakannya <i>Mount Isai>. Pada tahun 1925, <i>Mounti> <i> Isa Mines Limited i> mengambil alih semua pajakan di kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat Victoria, New South Wales, dan Queensland sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908. | UMUM | |
NASH, JAMES | Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang menemui kawasan emas di Gympie, Queensland, Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang penemuan emas memulakan salah satu daripada kerubut emas yang terkenal dalam sejarah Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun 1888, kerajaan Queensland memberinya kerja sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie. Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh tan metrik batu granit didirikan sempena menghormatinya di Taman Gympie. Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah ke Australia pada tahun 1857. | UMUM | |
GEOLOGI PETROLEUM | Geologi petroleum ialah ilmu geologi yang menerapkan ilmu tentang petroleum, untuk digunakan dalam kerja-kerja mencari gali dan mengeluarkan petroleum dari perut bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Disiplin Ilmu |
SMITH, JAMES | Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai <i>Smith Ahli Falsafahi>, menjumpai lombong yang kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871. Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888 sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith lahir di George Town, Tasmania dan bekerja sebagai perantis pengilang tepung dan mencari gali emas di Victoria. | UMUM | |
GELANG TANGAN | GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PEKANBARU | PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa. Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau. Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik. Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LANGKASUKA | LANGKASUKA, kerajaan Melayu yang tertua pernah wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut catatan China, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Liang-shu,I> Langkasuka wujud sekitar abad ke-2 M. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hikayat Merong Mahawangsa I> mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di bahagian barat negeri Kedah, iaitu di sekolah kaki Gunung Jerai. Daripada catatan China dan Arab, juga gali selidik yang dijalankan, di dapati kedudukan Langkasuka lebih kurang 4 km dari pekan Yarang di tebing kanan Sungai Patani di selatan negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |