GAMA GLOBULIN | | UMUM | |
SINAR GAMA | Sinar gama ialah satu bentuk sinaran elektromagnet yang sama dengan sinar-x. Sinar gama mempunyai tenaga yang lebih tinggi dan jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinar-x. Walau bagaimanapun, garis pemisah antara kedua-dua bentuk sinaran ini tidak tertakrif dengan jelas. Ahli sains biasanya menggunakan istilah sinar gama bagi sinaran elektromagnet yang mempunyai tenaga beberapa ratus ribu elektronvolt. Satu elektronvolt ialah amaun tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan elektron di antara dua titik beza keupayaan 1 volt (lihat Volt). | UMUM | |
DA GAMA, VASCO | Da Gama, Vasco (1469?–1524), kapten laut dan penjelajah Portugis. Dia mengetuai angkatan kapal yang pertama bermula dari Eropah hingga ke India. | UMUM | |
MÖSSBAUER, RUDOLF LUDWIG | Mössbauer, Rudolf Ludwig (1929– ) ialah ahli fizik Jerman, yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1961 dalam bidang fizik kerana penyelidikannya tentang sinar gama. Dia menemui “Kesan Mössbauer”, iaitu kaedah menghasilkan sinar gama dengan jarak gelombang yang tepat dan boleh diramalkan. “Kesan Mössbauer” ini kemudiannya digunakan untuk mengesahkan ramalan yang dibuat oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifannya. Mössbauer lahir di Munich dan menerima ijazah Ph.D. dari institut teknik di sana. Dia menjadi profesor fizik eksperiman di institut tersebut (kini dikenali sebagai Technical University of Munich) pada tahun 1964. | UMUM | |
SINARAN | Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil. Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk sinaran yang lain. | UMUM | |
TIUB FOTOPENDARAB | Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya berbanding mata manusia, dan digunakan untuk mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah. Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang kelipan]. | UMUM | |