Teripang ialah nama komersial bagi spesies tertentu haiwan laut yang telah dikeringkan yang dinamakan gamat atau timun laut (lihat Gamat ). Teripang juga dinamakan <i> bêche-de-mer i> . Ia digunakan sebagai makanan di Timur Jauh. Gamat mempunyai badan yang lembut bak cacing. Panjangnya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga kira-kira 60 sentimeter. Untuk menyediakan spesies yang boleh dimakan, bahagian dalam dibuang dan badannya direbus. Kemudian ia direndam dalam air segar dan disalai atau dijemur dalam panas matahari. Ia menghasilkan bahan bak getah yang digunakan untuk memekatkan dan memperasa sup. Pusat utama industri teripang ialah Ujung Pandang, sebuah pelabuhan di Sulawesi, Indonesia. California di Amerika Syarikat juga mempunyai industri teripang. |