DAGUERREOTAIP | Daguerreotaip ialah kaedah popular mengambil gambar foto yang pertama. Ia ialah sempena nama Louis J. M. Daguerre, pencipta Perancis yang telah memperkemas kaedah ini pada tahun 1837. | UMUM | |
STRAND, PAUL | Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar Amerika yang membantu menjadikan fotografi sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia menolak gaya mengambil foto yang kabur dan terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu akhir tahun 1800-an. | UMUM | |
KUASAR | Kuasar ialah objek yang amat bergemerlapan yang berada jauh dari galaksi kita. Oleh sebab objek tersebut kelihatan macam bintang dalam gambar foto, ia disebut objek kuasi-najam (macam bintang), tetapi istilah ini biasanya disingkatkan kepada kuasar. | UMUM | |
LIBRARY OF CONGRESS | Library of Congress, di Washington D.C., ialah salah sebuah perpustakaan penyelidikan yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Library of Congress mempunyai lebih kurang 84 juta bahan dalam koleksinya, termasuk lebih daripada 20 juta buah buku dan risalah, dan berjuta-juta carta, ukiran, manuskrip, peta, filem, gubahan muzik, gambar foto, dan rakaman. Perpustakaan ini memiliki koleksi incunabula (buku yang dicetak sebelum tahun 1501) yang terbesar di Hemisfera Barat. Koleksi ini mempunyai lebih kurang 5600 buah buku, termasuk satu naskhah Kitab Bible Gutenberg yang amat sempurna, iaitu sebuah buku penting yang pertama dicetak di dunia Barat. | UMUM | |
RIIS, JACOB AUGUST | Riis, Jacob August (1849–1914) ialah wartawan, jurugambar, dan reformis sosial Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an, dia membantu memperbaiki keadaan hidup di kawasan setinggan New York City dengan cara mendedahkan mereka kepada orang ramai melalui penulisan dan gambar fotonya. Gambar foto yang diambil oleh Riis adalah antara yang pertama muncul di akhbar. | UMUM | |
BIBLIOTHÈQUE NATIONALE | Bibliothèque Nationale ialah salah sebuah perpustakaan yang terbesar di Eropah. Ia terletak di Paris, dan merupakan perpustakaan negara bagi orang Perancis. Ia adalah salah sebuah perpustakaan yang tertua dan terpenting di dunia. Perpustakaan ini menyimpan satu naskhah bagi setiap terbitan yang dicetak di Perancis. Koleksinya termasuk kira-kira 20 juta jilid bercetak, 500 000 majalah, 165 000 manuskrip, 600 000 peta, 15 juta turisan dan gambar foto dan kira-kira 400 000 syiling dan kameo. | UMUM | |
BIERSTADT, ALBERT | Bierstadt, Albert (1830–1902) ialah salah seorang daripada pelukis landskap romantik Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat pemandangan yang indah di Barat Amerika pada tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan. Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan mengambil gambar yang kemudian dilukis menjadi panorama besar Pergunungan Barat. Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap yang tersergam indah, yang diperhebat dengan penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu. Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya yang lebih kecil, kembali popular disebabkan timbulnya minat baru terhadap pergerakan romantik tahun 1800-an. | UMUM | |