Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bus] | ݢمبوس

Definisi : 1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus, harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab; lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian dgn iringan gambus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bus] | ݢمبوس

Definisi : alat muzik berasal dr Arab yg berupa spt kecapi tetapi bertali enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambus

Puisi
 

Bukan gambus gila di pekan,
     Melagui hendak berpantun;
Bukan bagus kami gilakan,
     Akal dan budi dialu-alukan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UMI KALSUM

UMI KALSUM, kumpulan cerpen karya Jamil Suherman.  Umi Kalsum diterbitkan oleh penerbit Nusantara pada tahun 1963.  Kumpulan cerpen yang berukuran 13 cm x 18 cm ini mengandungi 94 halaman.  “Umi Kalsum” adalah judul salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini.  Cerpen-cerpen lain ialah “Jadi Santri”, “Pesantren dan Kyai Kami”, “Main Gambus”, “Malam Mauludan”, “Kitab Jenggot dan Pemeluknya”, “Pendekar-Pendekar Kedungpring”, “Kesunyian Menjelang Malam”, dan “Penggali Kubur”.

SASTERAPenerbitan
TARIAN TRADISIONAL

TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas