Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.but] | ݢامبوت

Definisi : lembut dan tidak padat (tanah): nanas ditanam di tanah ~ atau di ladang getah yg ditinggalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.but] | ݢامبوت

Definisi : lembut dan tidak padat (biasanya tanah): Nanas dpt hidup dgn suburnya di tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAMBUT UMUM 
LUMUT GAMBUT UMUM 
GAS GAMBUTGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
MOOR

Moor ialah kawasan tanah lapang yang tidak

diusahakan. Lapisan gambut yang biasanya basah

meliputi sesetengah moor. Perkataan “moor”

sering digunakan kepada moor di Scotland dan

lain-lain bahagian di Kepulauan British, tempat

heather tumbuh dengan banyaknya. Tetapi

terdapat juga moor di barat laut Eropah dan

Amerika Utara.

Selain daripada heather, tumbuh-tumbuhan

kawasan moor termasuk gorse, resam dan

berbagai-bagai rumput. Pokok jarang didapati.

Banyak moor menjadi rawa di kawasan rendah.

UMUM 
TANAH PAYA ALLEN

Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970

kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau

dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly,

dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin

dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen

janakuasa tertentu.

UMUM 
RAWA

Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung

yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi

lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan

lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang

telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai

gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan

utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh

dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang

keseluruhannya diselimuti oleh gambut.

Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan

Scotland.

UMUM 
GAS KAYUGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS BUATANGas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam

Kembali ke atas