LESOTHO | Lesotho ialah negara bergunung-ganang yang berceranggah dan dikelilingi oleh Republik Afrika Selatan. Negara ini terletak kira-kira 320 kilometer ke pedalaman dari Lautan Hindi. Kadangkala Lesotho digelar Switzerland Afrika Selatan kerana terdapat pemandangan gunung yang indah. Namun, Lesotho merupakan Negara yang miskin dan hanya terdapat sedikit industri. Kebanyakan penduduknya berpindah ke Afrika Selatan untuk mencari pekerjaan. | UMUM | |
TAIWAN | Taiwan ialah sebuah pulau yang bergunung-ganang, terletak di Laut China Selatan, lebih kurang 140 kilometer dari perairan China. Orang Cina menamakan pulau ini Taiwan yang bermaksud teluk yang berteres. Hutan yang tumbuh meliar, sumber keindahan pulau ini, telah menyebabkan pelayar Portugis pada tahun 1590 menamakan pulau ini Ilha Formosa yang bermaksud pulau yang indah. Selepas Komunis China mengambil alih pemerintahan di tanah besar China pada tahun 1949, kerajaan Nasionalis China telah berpindah ke Taiwan. Presiden Parti Nasionalis China, Generalisimo Chiang Kai-shek menjadikan Taipei sebagai ibu negara Republik China. Kerajaan Nasionalis juga mengambil alih beberapa buah pulau di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan dengan China. Pulau-pulau ini termasuk Quemoy, Matsu dan gugusan Pulau Pescadores. Pulau Quemoy dan Matsu adalah sebahagian daripada provinsi Fujian kepunyaan Tanah Besar China, tetapi ditadbir oleh Taiwan. | UMUM | |
ELBA | Elba ialah pulau yang bergunung-ganang di Laut Mediterranean, 10 kilometer ke arah barat daya pantai Tuscany di Itali. Napoleon dibuang negeri ke Elba pada tahun 1814. | UMUM | |
SLOVENIA | Slovenia ialah sebuah negara kecil dan bergunung-ganang yang terletak di Eropah tengah. Negara ini mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1991. Pada tahun 1918, Slovenia merupakan sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi negara persekutuan yang terdiri daripada enam republik dan satu daripadanya ialah Slovenia. | UMUM | |
TAJIKISTAN | Tajikistan juga dieja Tadzhikistan , ialah negara bergunung-ganang yang terletak di Asia Tengah. Negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, setelah lebih 60 tahun berada di bawah pemerintahan Kesatuan Soviet. Nama negara ini dalam bahasa Tajik, bahasa rasminya ialah Jumhurii Tojikiston (Republik Tajikistan). Tajikistan mempunyai keluasan 143 100 kilometer persegi. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Dushanbe. | UMUM | |
SURINAM | Surinam ialah negara di pantai timur laut Amerika Selatan. Gunung-ganang yang diliputi hutan hujan merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada Surinam dan kebanyakan penduduknya tinggal di kawasan datar pantai. Ia merupakan negara terkecil di Amerika Selatan, dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Untuk mengetahui keluasan dan jumlah penduduk Surinam, lihat jadual Fakta ringkas dalam rencana ini. Hampir separuh penduduknya tinggal di Paramaribo, ibu negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama Surinam. Kerajaan Belanda memerintah negara ini dari tahun 1667 hingga tahun 1975 apabila Surinam mencapai kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan Surinam dikenali dengan nama Guiana Belanda. | UMUM | |
DAERAH TASIK | Daerah Tasik ialah sebuah kawasan tasik dan gunung-ganang yang indah di Cumbria di bahagian barat laut England. Keluasannya kira-kira 48 kilometer dari utara ke selatan dan 40 kilometer dari timur ke barat. | UMUM | |
SWITZERLAND | Switzerland ialah negara Eropah yang kecil dan terkenal kerana keindahannya, gunung-ganang yang diliputi salji dan penduduknya yang cintakan kebebasan. Pergunungan Alps dan Pergunungan Jura meliputi lebih separuh Switzerland. Namun kebanyakan orang Switzerland tinggal di penara yang terbentang merentasi di bahagian tengah negara ini di antara kedua-dua buah banjaran gunung tersebut. Di kawasan ini terletak kebanyakan industri Switzerland dan tanah ladangnya yang paling subur. Ibu negara Switzerland, Bern, dan Zurich, bandar yang terbesar juga terletak di sini. | UMUM | |
DATARAN HAKIS | Dataran hakis, suatu ketika merupakan kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap. | UMUM | |
LESBOS | Lesbos, juga dieja Lesvos, ialah sebuah pulau bergunung-ganang Yunani di Laut Aegean. Lesbos meliputi keluasan 2154 kilometer persegi dan mempunyai kira-kira 104 000 orang penduduk. | UMUM | |