| PSIKOTERAPI | Psikoterapi ialah sebarang rawatan gangguan mental atau gangguan emosi dengan maksud psikologikal. Kebiasaannya psikoterapi adalah berasaskan pada perbincangan antara ahli terapi dengan seorang ataupun lebih pesakit. | UMUM | |
| ASPIRIN | Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik , ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat pening dan artritis dan mengurangkan demam akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di samping itu, aspirin mengganggu pembekuan darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah serangan jantung, sesetengah strok dan gangguan-gangguan lain yang melibatkan pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa preskripsi. | UMUM | |
| SINDROM TOURETTE | Sindrom Tourette ialah gangguan yang diwarisi dan ditandai oleh penyebutan dan pergerakan tubuh yang tidak terkawal. Sindrom ini lebih banyak menyerang orang lelaki daripada orang perempuan. Gangguan ini dinamakan sempena nama Georges Gilles de la Tourette, iaitu doktor Perancis yang memerikan gejala ini pada tahun 1885. | UMUM | |
| NEUROFIBROMATOSIS | Neurofibromatosis , singkatannya NF, ialah gangguan yang diwarisi yang tidak boleh diubati dan menjejaskan sistem saraf dan kulit. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai penyakit elephant man kerana Joseph Merrick, lelaki Inggeris yang disalah anggap menghidap kes penyakit neurofibromatosis yang teruk. Neurofibromatosis mungkin berbeza-beza berdasarkan keterukannya, iaitu dari gangguan yang sedikit sehingga menjadi bentuk yang teruk. Terdapat dua bentuk neurofibromatosis, iaitu NF-1 dan NF-2. | UMUM | |
| SINDROM SALURAN KARPAL | Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan; artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar, seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom saluran karpal. | UMUM | |
| PROLAPS INJAP MITRAL | Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai infective endocarditis yang melibatkan injap mitral dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini berlaku disebabkan faktor keturunan. | UMUM | |
| AUTISME | Autisme ialah gangguan perkembangan yang teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali sebagai autisme kebayian awal atau autisme kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki lebih mudah terkena penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang yang mengalami masalah emosi yang teruk yang menyamai autisme. | UMUM | |
| EKZEMA | Ekzema ialah gangguan kulit yang dicirikan oleh gatal-gatal dan keradangan. Kulit yang radang mungkin kering, bengkak dan keras, atau mungkin mengeluarkan cecair. | UMUM | |
| AKNE | Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan, terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan belakang | UMUM | |
| STATIK | Statik ialah istilah bagi gangguan pada penerima radio atau televisyen, yang biasanya disebabkan oleh elektrik atmosfera. Statik boleh berlaku dalam bentuk bunyi geresek dan berkeriut yang didengar di radio dan titik-titik putih yang dilihat pada gambar televisyen. | UMUM | |