DASAR BELIA NEGARA | Dasar Belia Negara, garis panduan bagi menyusun dan mengendalikan semua rancangan dan aktiviti belia di Malaysia. Dasar ini dibentuk pada 13 Disember 1985. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA | SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia. Pertemuan ini menghasilkan sejumlah keputusan garis panduan yang penting, dipelopori oleh tokoh wartawan dan Pujangga Baru yang turut mewujudkan Kongres Bahasa yang pertama di Surakarta pada tahun 1938. Kongres Bahasa yang kedua dianjurkan oleh pihak kerajaan di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang ketiga hingga yang keenam dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di Jakarta pada tahun 1978, 1983, 1988 dan 1993. | BAHASA | Kegiatan |
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA | KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988. | BAHASA | Bahasa |
UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI, Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri-Negeri (Constitution of The State). Kalau dahulunya ia biasa disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tetapi kini ia lebih dikenal sebagai Perlembagaan Negeri. Perlembagaan itu sendiri bolehlah ditakrifkan sebagai suatu sistem undang-undang dan adat yang telah dibentuk dan/atau dibuat oleh suatu badan tertinggi sesebuah negeri bagi tujuan untuk digunakan sebagai garis panduan dalam serba perkara bagi negeri berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KESATUAN SEKERJA | Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja yang mencuba untuk memperbaiki gaji ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka melakukannya melalui perundingan dengan wakil-wakil majikan dalam prosedur yang dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan juga memperjuangkan hal berkaitan dengan kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan- latihan kemahiran, di samping mencari faedah lain kepada ahlinya seperti potongan harga barangan dan memperuntukkan kemudahan pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu, sah di sisi undang-undang kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya tidak dibenarkan. | UMUM | |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA | PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947. Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda. Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO). Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO. Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak. Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
STRATEMEYER, EDWARD | Stratemeyer, Edward (1862–1930) ialah pengarang Amerika yang mencipta banyak watak popular dalam kesusasteraan kanak-kanak. Lebih kurang pada tahun 1903, dia menubuhkan Stratemeyer Syndicate, yang menggaji sekumpulan pengarang yang telah menulis banyak buku. Stratemeyer menulis–atau memberikan garis panduan bagi orang lain untuk menulis – lebih daripada 800 buah buku kanak-kanak, yang diterbitkan dengan menggunakan lebih daripada 60 nama pena. | UMUM | |