AHMAD ISMAIL, Datuk (1899-1969), tokoh masyarakat dan penerbit buku. Dia lahir pada 3 Ogos 1899 di Kota, Kelantan. Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong dari tahun 1912 hingga tahun 1915, tetapi setakat Darjah dua sahaja. Tetapi atas kesedarannya sendiri, dia masuk sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan di bawah pimpinan Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tuk Kenali, ulama yang amat terkenal) membolehkannya fasih berbahasa Arab.
SITI MARIAM (1929 - ), penyanyi. Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat. Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil. Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda. Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya. Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis.
Thanks for clicking. That felt good.