Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai. Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan akan berlaku mengikut adat lama, dianggap berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan kesuburan. |