GASING | | UMUM | |
MEMINTAL | Memintal ialah proses membuat benang dengan memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang dipintal dengan menggunakan <i>spindel. i>Spindel ini terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23 sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar, dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi membuat benang untuk kain yang baik. | UMUM | |
DATO' BAHAMAN | DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA | PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |