Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. <i>Styxi><i> i>ialah perkataan Yunani yang bermakna <i>terkutuki>. Charon, seorang pendayung sampan, sering kali diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan menghabiskan masa selama sembilan tahun di Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib. Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus masuk ke Alam Ghaib. Lihat juga Charon; Hades; Tartarus. |