Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.zél] | ݢازيل

Definisi : (gazél) sj antelop kecil drpd famili Antilopinae yg terdapat di Afrika atau Asia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gazel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAZEL UMUM 
SALUKI

Saluki, juga dinamakan anjing perburuan gazel ,

dipercayai sebagai anjing baka jati yang tertua di

dunia. Anjing ini dibiakkan di Timur Tengah lebih

kurang pada tahun 5000 S.M. Satu daripada anjing

yang terpantas, saluki pernah digandingkan

dengan burung lang untuk memburu gazel.

Mangsa diterkam oleh lang dan saluki menekan

mangsa sehingga pemburu sampai. Saluki

mempunyai bulu licin, halus dengan jumbai bulu

yang panjang di telinga, kaki dan pahanya.

Tingginya 58 sentimeter hingga 70 sentimeter pada

paras bahu dan beratnya dari 13 kilogram hingga

30 kilogram. Lihat juga Anjing (gambar: Anjing

perburuan).

UMUM 
ANJING PEMBURU AFGHAN

Anjing pemburu Afghan ialah anjing yang

dikenali kerana kepantasan dan kecekapannya.

Beratus-ratus tahun lamanya, ia digunakan untuk

memburu gazel, kelinci, dan harimau bintang salji

di Afghanistan.

UMUM 

Kembali ke atas