GEDUNG PENJELASAN | | UMUM | |
SEARS, ROEBUCK AND COMPANY | Sears, Roebuck and Company ialah syarikat perniagaan runcit yang terbesar di dunia. Kumpulan perdagangannya menjalankan kira-kira 800 buah gedung serbaneka dan hampir 2400 pusat jualan melalui katalog di seluruh Amerika Syarikat. Syarikat bersekutunya menjalankan lebih daripada 100 gedung Sears di Kanada dan Mexico. | UMUM | |
PASAR RAYA | Pasar raya ialah gedung besar menjual barang makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat Rantaian). | UMUM | |
MARKS AND SPENCER | Marks and Spencer ialah syarikat peruncit Inggeris yang besar yang mengendalikan satu rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan harga yang murah. | UMUM | |
SYDNEY OPERA HOUSE | Sydney Opera House di Sydney, Australia dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di Bennelong Point, sebuah semenanjung yang menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan cangkerang yang tindih-menindih, serta kejuruteraannya yang mengagumkan telah menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung opera ini dapat menampung lebih 6600 orang penonton. Dewan-dewannya menyediakan kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama, balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen. Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah restoran. | UMUM | |
MUZIUM TANAMAN | Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan. | PERTANIAN | Institusi/Organisasi |
PUTERI DIRAJA | Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan oleh raja British kepada puterinya yang sulung. Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun 1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882– 1947). Puteranya George Lascelles, earl yang ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur sebagai pentadbir gedung opera. | UMUM | |
TELAGA BATU | TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |