Avalanche ialah kumpulan besar salji yang menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche. Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam. Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah, yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan- kepingan kecil semasa ia menggelongsor. |