PETANDA | PETANDA, sesuatu alamat atau isyarat yang ditafsirkan oleh orang Melayu daripada gejala-gejala alam, perlakuan haiwan atau isyarat daripada menilik mimpi yang dipercayai mempunyai makna tertentu yang kelak akan mempengaruhi perlakuan manusia. Petanda menyampaikan pengetahuan apa yang akan berlaku sebelum seseorang itu mengalaminya. Dengan demikian, petanda memberi peluang bagi mengelakkan sesuatu perkara daripada benar-benar berlaku. Di kalangan orang Iban, petanda hasil daripada ‘berburung’ adalah perhubungan antara dewa-dewa dengan manusia, supaya manusia mengetahui apa yang akan ditempuhinya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kepercayaan |
ANTIHISTAMINA | Antihistamina ialah nama sekumpulan ubat yang digunakan untuk merawat gejala alergi. Gejala ini termasuk mata yang merengsa, hidung berair, bersin dan gatal-gatal. Ahli kimia Perancis mencipta antihistamina pertama yang berguna pada awal tahun 1942. | UMUM | |
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME) | Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis gangguan yang menimpa kebanyakan orang dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh berlaku berulang kali dari semasa ke semasa ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin menyebabkan keadaan itu. | UMUM | |
PSIKOSIS | Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang. Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya, dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau ada orang sedang membuat rancangan jahat terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ). | UMUM | |
DEMAM | Demam ialah keadaan apabila suhu tubuh meningkat lebih tinggi daripada aras biasa. Demam ialah salah satu gejala penyakit yang paling biasa. Apabila demam menjadi gejala utama suatu penyakit, ia mungkin sebahagian daripada nama sesuatu penyakit seperti demam skarlet atau demam kuning. Istilah perubatan bagi demam ialah pireksia. | UMUM | |
SINDROM PRAHAID (SPH) | Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan, perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis, berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak, kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin mengalami beberapa gejala ini pada masa yang sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk. | UMUM | |
REPUT | Reput ialah gejala bagi banyak penyakit tumbuhan apabila tumbuhan reput. Penyakit reput disebabkan oleh bakteria atau kulat yang menjangkiti tumbuhan dan membunuh selnya. Reput cepat memusnahkan buah dan sayur-sayuran, tetapi penanam membantu mencegahnya dengan menyembur tumbuhan dengan racun serangga. | UMUM | |
DIABETES | Diabetes ialah nama dua penyakit yang mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga yang berlebihan dan pengeluaran air kencing yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada diabetes melitus, yang merupakan penyakit yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak, tidak berfungsi secara normal. | UMUM | |
SIFILIS | Sifilis ialah penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks dan dapat menimbulkan beberapa gejala yang teruk jika tidak dirawat. Sifilis disebabkan oleh spirochaete (bakteria dalam bentuk bergulung-gulung) dikenali sebagai Treponema pallidum. Organisma ini hidup hanya pada manusia dan biasanya berjangkit semasa hubungan seks. | UMUM | |
DISPEPSIA | Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada gangguan penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati, sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu, dan memuntahkan makanan atau cecair berasa masam. | UMUM | |