| DIVERTIKULITIS | Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon (usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit di bahagian bawah kiri abdomen dan demam. Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu gangguan yang merebak dalam kalangan orang pertengahan umur dan orang tua di negara maju. | UMUM | |
| ASMA | Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia kelemasan. | UMUM | |
| PARVOVIRUS KANIN | Parvovirus kanin juga dikenali sebagai parvovirus, ialah penyakit berjangkit yang menjangkiti anjing. Gejalanya termasuk diarea, muntah- muntah, dan demam. Anjing yang menderita penyakit parvovirus juga hilang selera makan, kekurangan air, dan kelihatan lesu. | UMUM | |
| SINDROM KEJUTAN TOKSIK | Sindrom kejutan toksik atau TSS (Toxic shock syndrome) ialah penyakit yang jarang-jarang berlaku yang paling sering terjadi pada wanita muda yang sedang mengalami haid. Gejalanya termasuklah suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, tekanan darah rendah dan ruam seperti selaran matahari. | UMUM | |