GELANG SI PAKU GELANG | GELANG SIPAKU GELANG, lagu rakyat yang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Gelang yang digunakan dalam konteks lagu ini bermaksud sejenis tumbuhan paku. Lagu ini biasanya dinyanyikan beramai-ramai sebagai lagu perpisahan setelah selesai sesuatu majlis atau perhimpunan. Muzik iringannya mengikut rentak inang. | BUDAYA | Konsep |
GELANG BATU | GELANG BATU, gelang tangan masyarakat prasejarah. Gelang batu diperbuat daripada batu berbentuk bulat dan tidak mempunyai sebarang pola hias tertentu. Teknologi pembuatan gelang batu pada zaman Neolitik diteruskan hingga pada awal zaman logam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
GELANG TANGAN | GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu. | BUDAYA | Alat/Alatan |
GELANG KAKI | GELANG KAKI, perhiasan wanita yang diperbuat daripada perak dan emas yang dipakai di pergelangan kaki. Gelang kaki diperkenalkan di negara ini melalui kedatangan orang India. Ada pendapat mengatakan gelang kaki dibawa masuk pada zaman Sriwijaya iaitu antara abad ke-7 M hingga abad ke-13. | BUDAYA | Alat/Alatan |
CACING GELANG | | UMUM | |
ASCARIS LUMBRICOIDES | Ascaris lumbricoides lihat Cacing gelang. | UMUM | |
NEMATOD | Nematod ialah cacing yang halus. Apabila dilihat dari hujung atau dikerat melintang, nematod adalah bulat <i> . i> Ia juga dinamakan <i> cacing gelang i> . Badannya biasanya runcing di hujung. Sesetengahnya terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop, dan yang lain membesar sehingga melebihi 90 sentimeter panjangnya. Kebanyakan nematod jantan lebih kecil daripada nematod betina. | UMUM | |
PEWASAPAN | Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia digunakan dengan meluas untuk menghapuskan rumpai, <i> nematod i> (cacing gelang), dan perosak- perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan untuk melindungi makanan seperti bijian, kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut dengan kapal antara negara kerap diwasapkan untuk mencegah perosak dan penyakit daripada merebak dari negara ke negara lain. Rumah, pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas, anai-anai, dan serangga-serangga lain. | UMUM | |
KOATI | Koati yang juga dikenali sebagai <I>koatimundi, I>ialah anggota famili rakun. Ia mempunyai muncung panjang yang fleksibel dan sering menegakkan ekornya yang panjang bergelang-gelang. Koati hidup di kawasan berhutan di benua Amerika, dari Arizona di Amerika Syarikat arah ke selatan hingga ke utara Argentina. | UMUM | |
EPOKSI | Epoksi. Kumpulan berfungsi yang mengandungi atom oksigen yang terikat melalui ikatan tunggal kepada dua atom karbon, membentuk gelang tiga ahli. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |