TAN MALAKA | Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam perjuangan negaranya untuk memperolehi kemerdekaan dari Belanda. Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera. Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun 1912, ibu bapanya telah memberikan gelar <i> Tan i> <i> Malaka i>kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada Komunisme. | UMUM | |
TEUKU PANGLIMA POLEM | TEUKU PANGLIMA POLEM, gelar bagi panglima perang kerajaan Aceh yang memimpin rakyat Aceh melawan penjajah Belanda. Polem adalah gelaran kehormatan dalam keluarga sultan yang bermaksud ‘Abang’. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Aceh pada mulanya ada tiga wilayah yang disebut dengan ;Lhee Sago’ atau Tiga Segi yang masing-masing dipimpin oleh Panglima Sagi di bawah Sultan Aceh. Tiga Segi itu adalah XXII Mukim, XXV Mukim dan XXVI Mukim. Panglima Polem secara turun-temurun memimpin Segi XXII Mikuim yang berpusat di Lamsie wilayah Seulimeum, 35 km sebelah timur Banda Aceh dalam wilayah kabupaten Aceh Besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SOENTING MELAJOE | SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia. Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang. Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau. Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
SITI ROHANA KUDUS | SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia. Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan. Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus. Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir, tokoh nasionalis Indonesia. Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang. Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN MUTAHIR | WAN MUTAHIR ( ? -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863). Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832. Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad, dari Terengganu. Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya. Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini. Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ULEEBALANG | ULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah). Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut. Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang. Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat. Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh. Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar ‘Keudjuruan’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |