DAUPHIN | Dauphin ialah gelaran rasmi putera sulung Perancis dari tahun 1349 hingga tahun 1830. Gelaran ini sama tarafnya dengan gelaran ‘Prince of Wales’ di England. | UMUM | |
WALI | jawatan/gelaran | AGAMA | Jawatan/Gelaran |
PUTERA WALES | Putera Wales ialah gelaran yang diberikan kepada waris putera sulung takhta kerajaan United Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun telah melepaskan gelaran tersebut. Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales, yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301, Edward memberikan gelaran itu kepada putera sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang dikenali sebagai Edward II. Semenjak pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris putera sulung takhta kerajaan Britain menerima gelaran ini. | UMUM | |
MARSYAL | Marsyal ialah gelaran tertinggi dalam angkatan tentera di kebanyakan negara. Gelaran marsyal juga digunakan oleh sesetengah pegawai sistem kehakiman di Britain dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
PUTERI DIRAJA | Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan oleh raja British kepada puterinya yang sulung. Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun 1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882– 1947). Puteranya George Lascelles, earl yang ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur sebagai pentadbir gedung opera. | UMUM | |
PRESIDEN | Presiden ialah gelaran yang digunakan oleh beberapa ketua negara atau pemimpin kerajaan kebangsaan. Presiden juga ialah gelaran ketua syarikat perniagaan, perbadanan, maktab, institusi, atau persatuan. Rencana ini memperkatakan presiden sebagai suatu istilah politik. | UMUM | |
THANE | Thane ialah gelaran Anglo-Saxon yang digunakan pada kebanyakan tahun zaman England awal. Perkataan thane mempunyai banyak makna. Pada masa yang berbeza gelaran ini bermakna pembantu, atendan, orang gaji atau pegawai. | UMUM | |
PUTERA | Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin , princeps , bermakna pertama . Perkataan princeps digunakan sebagai gelaran kepada pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam Empayar Rom menggunakan perkataan putera bagi maksud kuasa kebebasan. | UMUM | |
SYOGUN | Syogun ialah gelaran bagi pemerintah feudal Jepun yang agung. Istilah syogun bererti panglima agung dalam bahasa Jepun, dan merupakan singkatan bagi suatu gelaran yang bermakna Generalismo yang Menakluki Orang Gasar. | UMUM | |
SULTAN | Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa. Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun 900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan, tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai kuasa seperti raja pada zaman dahulu. | UMUM | |