Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran Dato'


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA

CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana  selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja.

  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' KELANA SENDENG

DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872).

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' SIAMANG GAGAP

DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' SERI AGAR DIRAJA

DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
LONG JAAFAR

LONG JAAFAR (  ?  -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' KELANA SUNGAI UJONG

DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida.

         

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG

DATO’ BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATO' MUDA LINGGI

DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATO' MAHARAJA LELA

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? – 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato’ Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PEHIN JAMIL, PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO' SERI UTAMA

PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921-   ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
12

Kembali ke atas