PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |