Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : (geléndong) sesuatu (drpd kayu, buluh, dll) tempat benang dll digulung, kumparan: ~ filem dibuat drpd logam atau plastik, dan terdapat dlm beberapa saiz dan corak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : (geléndong) Kl kendur, bengkok, tidak lurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : /geléndong/ alat tempat menggulung benang dll. menggelendong menggulung benang dll pd gelendong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelendong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGUKIR KAYUMengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan.UMUMUmum
ARKWRIGHT, SIR RICHARD

Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah

pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769,

dia telah mendapatkan

paten untuk sebuah mesin

pemintal benang yang

dinamakan kerangka air

kerana alat tersebut

dijalankan oleh kuasa air.

Mesin itu dipusingkan

oleh beberapa set

penggelek yang bergerak

pada kelajuan yang

berlainan untuk menarik

kapas daripada mesin

penyisir dan meluruskan

seratnya. Kemudian, kapas

itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang.

Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh

kerangka air adalah keras, liat dan kasar.

Arkwright dan dua pekilang lain mula membina

kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses

pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik,

peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses

sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan

belajar pada waktu malam untuk menyambung

semula alam persekolahannya yang tercicir.

UMUM 

Kembali ke atas