Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lin.ci.ran] | ݢلينچيرن

Definisi : (Geo) retak pd kerak bumi yg menyebabkan muka bumi ternaik atau terturun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lin.ci.ran] | ݢلينچيرن

Definisi : retak pd kerak bumi (batu-batan) yg menyebabkan muka bumi terangkat atau terturun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelinciran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LURAH GELINCIRAN BESAR UMUM 
LEMBAH GELINCIRAN BESAR UMUM 
TASIK EDWARD

Tasik Edward ialah salah satu daripada punca

Sungai Nil. Ia terletak di lurah gelinciran bahagian

tengah Afrika di antara Uganda dengan Zaire.

Sebahagian besar tasik ini berada di wilayah Zaire.

Panjang Tasik Edward kira-kira 64 kilometer dan

lebarnya 51 kilometer dan meliputi keluasan 2150

kilometer persegi.

UMUM 
TETELUK

Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar

yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan.

Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai

banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya,

banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab

persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan

Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir.

Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di

sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah

kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan

sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut.

Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak

bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang

menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam

kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan

yang tenggelam.

UMUM 

Kembali ke atas