Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. orang yg menjaga atau meme­lihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin; bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan); bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; menggembala menjaga, memelihara, me­mimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang; penggembala orang yg menggembala, gembala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembala I

Puisi
 

Gendang Cik Samat gembala angsa,
     Telur angsa sarang setalam;
Umat Muhammad punya bangga,
     Embun menitis serata alam.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah seekor gembala dua.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANJING GEMBALA ANATOLIAN

Anjing gembala Anatolian ialah anjing dari

keturunan anjing mastif purba di Asia Kecil. Ia juga

dikenali sebagai <I>Karabash I>atau <I>anjing penjaga I>

<I>Turki I>.

UMUM 
ROM PURBA

Rom Purba. Kisah Rom purba ialah kisah

bagaimana sebuah masyarakat kecil yang terdiri

daripada gembala kambing di pedalaman Itali,

berkembang sehingga menjadi sebuah empayar

yang terbesar dalam sejarah – dan kemudian

mengalami keruntuhan. Mengikut legenda orang

Rom, bandar Rom telah diasaskan pada tahun 753

S.M. Menjelang tahun 275 S.M., Rom menakluk

sebahagian besar Semenanjung Itali. Pada zaman

kemuncaknya, iaitu pada tahun 100-an M.,

UMUM 
OSIRIS

Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang

menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya

digambarkan sebagai mumia manusia yang

berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia

memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti

serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan

bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya.

UMUM 
SKROL LAUT MATI

Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba

yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di

dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat

Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama

skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak

gembala di dalam gua di <i>Wadi Qumran i>(Lembah

Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun

1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah

menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi

tulisan purba ini.

UMUM 
BRONKO

Bronko ialah istilah yang digunakan oleh

gembala lembu Amerika bagi kuda yang mudah

marah atau kuda liar.

UMUM 

Kembali ke atas