Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : sangat suka; besar hati; bangga: Dia sungguh ~ kerana anaknya akan pulang tidak lama lagi. bergembira berasa gembira; berasa sangat suka: Mereka ~ kerana telah lulus ujian itu. menggembirakan menimbulkan perasaan gembira; menyebabkan gembira: Perkara yg sangat ~ aku ialah aku dpt bertemu semula dgn saudara-saudaraku. kegembiraan hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira

Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARISTOPHANES

Aristophanes (445?–385? S.M.) ialah penulis

komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya

menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik

yang indah berserta kritikan serius terhadap

politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia

seorang pakar lagu dan ritma.

UMUM 
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM 
NABI ISHAQ A.S.

Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn

Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq

a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita

gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat.

Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s.

yang bermaksud: “Maka apabila dia berhijrah

meninggalkan mereka dan apa yang mereka

sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan

kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya)

dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi”.

                                                   (Surah Maryam 19:49)

UMUM 
NAPOLEON II

Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah

putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari

Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk

mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya,

dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu

gembira. Baginda menganugerahkan puteranya

dengan gelaran raja Rom.

UMUM 
PLAUTUS

Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom

yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi

Baru Yunani yang menekankan pemuda yang

mencintai hamba perempuannya, kekeliruan

identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang

terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi

Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik

pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak

membimbangkannya kerana dia hanya

menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa.

Dia pakar dalam dialog, menulis tentang

kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta,

dan penganiayaan.

UMUM 
AYAT SERU

Ayat seru ialah ayat untuk menyatakan perasaan gembira, sedih, marah, terkejut dan lain-lain.

BAHASAKonsep
TARAF HIDUP

Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf

ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu,

keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur

melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang

dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga

atau negara dalam satu tempoh waktu yang

ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah

berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang

ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna.

Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai

jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk

hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah

mencapai taraf hidup mereka.

UMUM 
WARNA SUASANAWARNA SUASANA, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur.  Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus ‘berwatak jelas’ dan ‘berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang.  Ini dapat dilihat dalam puisi “Sebagai Penyair”.SASTERAKonsep
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya

Kembali ke atas