Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok renek yang berbunga besar, berwarna kuning. Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia biasanya adalah pokok renek yang rendah. Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang bergugus pada musim panas. Bunga berwarna samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya. Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort yang diketahui. Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas ialah Hupericum X moserianum . |