| NGUYEN VAN THIEU | Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah tekanan kuat penentang politik bukan Komunis – Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk menggalakkan perbincangan gencatan senjata antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan. Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih Vietnam Selatan. | UMUM | |
| PERJANJIAN RENVILLE | PERJANJIAN RENVILLE (1948), perjanjian antara Indonesia dengan Belanda. Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda. Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa. Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
| PERJANJIAN VERSAILLES | Perjanjian Versailles ialah persetujuan rasmi untuk menamatkan tindakan ketenteraan terhadap Jerman dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Versailles, berhampiran Paris , pada 28 Jun 1919, dan dikuatkuasakan pada 10 Januari 1920. Serangan sebenar berakhir apabila Jerman menerima perjanjian gencatan senjata ini pada 11 November 1918. | UMUM | |