XILOFON | Xilofon ialah sejenis alat genderang yang terdiri daripada beberapa palang yang diatur di atas satu bingkai menyerupai ki sebuah piano. | UMUM | |
KASTANET | Kastanet ialah alat muzik genderang kecil yang mempunyai nada yang tidak tetap. Setiap kastanet merupakan penepuk yang diperbuat daripada kayu keras dan mempunyai bentuk seperti sudu. | UMUM | |
DRAM BONGO | Dram bongo ialah alat muzik genderang. Dram bongo, sering dikenali sebagai bongo biasanya digunakan sebagai alat ritma dalam muzik Amerika Latin, tetapi ia dimainkan dalam muzik rock dan jaz. | UMUM | |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
PANCARAGAM | Pancaragam ialah sekumpulan ahli muzik yang bermain kebanyakannya alat tiup dan genderang. Pancaragam berbeza daripada orkestra, kerana dalam orkestra alat tali memainkan peranan yang paling utama. Namun demikian, sesetengah pancaragam mengandungi juga alat tali. | UMUM | |
PANCARAGAM KELULI | Pancaragam keluli ialah sekumpulan pemain muzik yang memainkan muzik tarian Hindia Barat dalam bentuk tersendiri dengan menggunakan alat genderang yang dikenali sebagai ceper keluli. | UMUM | |
KUGIRAN | KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan ‘kumpulan’, ‘gitar’ dan ‘rancak’. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak. | BUDAYA | Alat/Alatan |