| GENERAL MOTORS CORPORATION | | UMUM | |
| GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (GCSE) | | UMUM | |
| GENERAL CERTIFICATE OF EDUCATION (GCE) | | UMUM | |
| ESTET JENERAL | Estet Jeneral juga dikenali sebagai States- General ialah dewan perwakilan Perancis dari tahun 1302 hingga tahun 1789. | UMUM | |
| NASH, CHARLES WILLIAM | Nash, Charles William (1864–1948) ialah perintis industri kereta di Amerika Syarikat. Dia menjadi presiden Buick Motor Company pada tahun 1910, dan menyusun semula syarikat tersebut sehingga ia menjadi sebuah syarikat yang berjaya. Nash dilantik sebagai presiden General Motors Company (kini dikenali sebagai General Motors Corporation) pada tahun 1912 apabila syarikat itu hampir bankrap. General Motors juga menjadi maju di bawah kepimpinan Nash. | UMUM | |
| ASSEMBLIES OF GOD | Assemblies of God ialah mazhab agama Pentekosta yang terbesar di dunia. Nama rasminya ialah The General Council of the Assemblies of God. Gereja ini berkembang daripada gerakan pemulihan agama Kristian pada awal tahun 1900-an dan ditubuhkan di Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1914. Anggotanya berjumlah kira-kira dua juta orang. | UMUM | |
| MUSEVENI, YOWERI | Museveni, Yoweri (1944– ), ahli politik dan ketua tentera Uganda, menjadi presiden Uganda pada tahun 1986. Dia ialah ketua National Resistance Movement (NRM) yang menggulingkan kerajaan General Tito Okello pada bulan Januari 1986. | UMUM | |
| SWEDENBORGIAN | Swedenborgian ialah orang yang mengikut rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817. Sebuah badan yang berasingan, iaitu General Church of the New Jerusalem, diasaskan pada tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya dengan cara bersekutu dengan badan-badan di Amerika Syarikat atau dengan Conference of the New Church di United Kingdom. | UMUM | |
| SAARINEN, EERO | Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri. Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956) di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga tempat topangan. Sementara Terminal Sistem Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York menggunakan konkrit bertetulang berbentuk sayap. | UMUM | |
| KAMUS INDONESIA-PERANCIS | KAMUS INDONESIA-PERANCIS, kamus dwibahasa yang disusun oleh Pierre Labrousse. Judul asal kamus ini ialah Dictionnaire General Indonesian – Francais yang menggunakan bahasa Perancis. Edisi bahasa Perancisnya diterbitkan oleh Association Archipel, Paris (1984) dan edisi dalam bahasa Indonesia diterbitkan oleh Penerbit PT Gramedia, Jakarta (1985). Kamus Umum Indonesia - Perancis ini pertama kali diusahakan di Indonesia pada tahun 1973 oleh Farida Soemargono. Naskhah awalnya telah disemak oleh winarsih Arifin dan Henri Chambert-Loir dengan kerjasama Pusat Bahasa, Jakarta. Selepas itudimulakan penyelidikan untuk mencari kata-kata baru bahasa Indonedia. | BAHASA | Penerbitan |