MELAYU DI THAILAND TENGAH | MELAYU DI THAILAND TENGAH, kelompok minoriti keturunan Melayu yang mendiami kawasan tengah negara Thailand, iaitu di Ayuthia, Bangkok-Thonburi dan juga sekitarnya. Mereka adalah warganegara Thailand dan dikenal sebagai salah satu golongan Muslim Thai. Kebanyakan mereka khususnya generasi muda tidak boleh lagi bertutur bahasa Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
DENNIS, C.J. | Dennis, C.J. (1876–1938) yang mendapat gelaran Laureate of the Larrikin, dianggap salah seorang penyair Australia yang penuh humor dan lucu. Dia popular kerana baladanya yang bertenaga, ditulis dalam loghat larrikin (iaitu bahasa generasi anak muda liar) dalam masyarakat Australia. | UMUM | |
SEKOTO, GERARD | Sekoto, Gerard (1913–1993) ialah pelukis Afrika Selatan, mula menerima pengiktirafan pada tahun 1940-an kerana lukisannya yang berwarna- warni dan jelas tentang kehidupan di sebuah bandar. Gerard dianggap sebagai perintis dalam seni lukis moden Afrika Selatan. Karyanya terus mempengaruhi generasi pelukis yang lebih muda. | UMUM | |