Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (génesis) titik permulaan atau asal usul sesuatu (idea, tamadun, dll): ~ tentang kategori asas manusia dlm pemikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (génesis) versi pertama Kitab Perjanjian Lama (Wasiat Lama) yg menghuraikan kejadian dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genesis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GENESIS UMUM 
ARARAT

Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat

selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah

ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah

kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia

purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya

bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung

tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat.

Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa

Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini

mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di

tenggara Tasik Van.

Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37

dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak

raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri

ke Ararat selepas membunuh ayah mereka.

UMUM 
MINGGU

Minggu ialah pembahagian masa yang

mengandungi tujuh hari. Tidak diketahui dengan

tepat bagaimana pembahagian masa ini bermula,

tetapi orang ibrani purba adalah antara orang

pertama yang menggunakannya. Menurut buku

Genesis dalam Bible, dunia ini dijadikan dalam masa

enam hari dan pada hari ketujuh, atau hari Sabbath,

ialah hari untuk berehat dan beribadah.

UMUM 

Kembali ke atas