Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan di antara individu, keluarga, atau kumpulan. Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim berlaku di kawasan yang jauh dari pusat penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa buminya yang berceranggah dan iklimnya yang teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang- undang sering terlibat dalam persengketaan. Contohnya, persengketaan boleh berlaku di kalangan geng muda bandar dan kumpulan penjenayah. |