GENRE | Genre merupakan perkataan Perancis yang bermaksud kelas atau jenis dalam kesusasteraan. | SASTERA | Konsep |
TOLKIEN, JR | Ahli linguistik, pendidik dan novelis terkemuka dalam genre fantasi dewasa. | SASTERA | Tokoh |
KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL | KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL, suatu genre dalam kesusasteraan Melayu tradisional, iaitu karya yang bersifat ilmu atau fatwa. Karya sastera ini mengandungi pengajaran, pemahaman, kepercayaan bersama amalan yang berkenaan; misalnya `ilmu bintang', 'ilmu penujuman', 'ilmu perubatan' dan lain-lain. Teks tersebut ditulis dengan bahasa yang baik, kadangkala dalam bentuk puisi, diselitkan dengan contoh dan cerita yang menarik, hingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada karya sastera tradisional, sama seperti sastera kitab dan sastera undang-undang. | SASTERA | Konsep |
BERZANJI | BERZANJI, puisi yang tergolong dalam genre dikir atau zikir yang merupakan salah satu daripada 12 genre puisi Melayu tradisional. Perkataan ‘berzanji’ dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan ‘Barzanji’ yang sebenarnya nama pengarang puisi tersebut, iaitu al-Saiyyid Jaafar al-Barzanji yang meninggal dunia pada tahun 1766. Keterangan tentang nama pengarang ini dijelaskan dalam barzanji nathar. Bagaimanapun berdasarkan bentuk dan isi, umum berpendapat barzanji nazam juga ditulis oleh pengarang yang sama. | SASTERA | Konsep |
BUNGA RAMPAI SASTERA | BUNGA RAMPAI SASTERA, himpunan petikan pelbagai genre sastera yang dianggap bermutu tinggi. Dalam sejarah persuratan Melayu dan Nusantara, Bunga Rampai Sastera pada mulanya digunakan hanya untuk himpunan karya klasik. Dua contohnya ialah Bunga Rampai: Dari Hikayat Lama (diselenggarakan oleh Sanusi Pane, 1956) dan Bunga Rampai Melayu Kuno (diselenggarakan oleh M.G. Emeis, 1967). | SASTERA | Karya |
PUISI KABUR | PUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah puisi kabur mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. puisi kabur memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai puisi kabur kerana sukar difahami. Antara pelopor puisi kabur ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I. | SASTERA | Konsep |
PROSA BERIRAMA | PROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama. | SASTERA | Karya |
BUKU BERGAMBAR | Buku bergambar, sejenis genre buku untuk kanak-kanak. Buku bergambar dihasilkan sama ada bagi karya sastera, mahupun karya informatif. | SASTERA | Karya |
PERADUAN MENGARANG | PERADUAN MENGARANG, peraduan menulis genre sastera. Peraduan ini meliputi peraduan mengarang cerpen, novel, puisi dan drama. Semua karya daripada setiap genre yang diperadukan mestilah belum pernah disiarkan di mana-mana media cetak. Tema serta persoalan yang menjadi pemikiran pengarangnya hendaklah asli. | SASTERA | Konsep |
HIKAYAT BULAN BERBELAH | Hikayat Bulan Berbelah tergolong dalam genre sastera agama. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |