AMARANTH | Amaranth ialah nama biasa bagi genus (kumpulan) tumbuh-tumbuhan yang termasuk rumpai, pokok bunga taman, dan tanaman. Genus ini terdiri daripada terutamanya herba. Amaranth tumbuh dengan meluas khususnya dalam iklim panas. Nama Amaranth berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna tidak luntur . | UMUM | |
SEDUM | Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600 spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak. Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang leper. Sesetengah sedum mempunyai batang yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga kadangkala dikenali sebagai stoneerop. Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus Sedum. | UMUM | |
PITTOSPORUM | Pittosporum ialah genus (kumpulan) pokok renek dan pokok malar hijau. Kira-kira 12 jenis tumbuh di Australia. Ia juga tumbuh di New Zealand dan di beberapa bahagian di Asia dan Afrika. Pokoknya mempunyai bunga putih atau kuning berbentuk tiub. Buahnya keras dan bijinya melekit. Pittosporum manis ialah pokok kecil yang daunnya berkedut, bunganya kuning, dan bijinya merah. | UMUM | |
STREPTOKOKUS | Streptokokus ialah genus (kumpulan) bakteria yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian organisma berbentuk sfera. Streptokokus dikelaskan sebagai bakteria hemolitik. Bakteria ini mengeluarkan toksin yang memusnahkan seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah. Pemusnahan ini dikenali sebagai hemolisis. | UMUM | |
ZINNIA | Zinnia ialah genus tumbuhan taman dalam famili daisi. Terdapat kira-kira 16 spesies. Zinnia berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat. Zinnia yang terkenal ialah tumbuhan taman yang berbunga dalam pelbagai warna. Batangnya yang keras, berbulu boleh tumbuh setinggi 60 sentimeter. | UMUM | |
EUGLENA | Euglena ialah genus (kumpulan) organisma mikroskopik, bersel satu | UMUM | |
ARCHAEOPTERYX | Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan) haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung. Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia. | UMUM | |
SPRUS | Sprus ialah nama biasa bagi genus pokok malar hijau yang mengeluarkan kon dalam famili pain. Lebih kurang 50 spesies pokok sprus berasal dari Hemisfera Utara. Sesetengah sprus tumbuh melepasi Bulatan Artik. Yang lain tumbuh di selatan sejauh Pergunungan Pyrenees di Eropah. Di Amerika Utara, ia tumbuh di selatan sejauh Carolina Utara dan Arizona. | UMUM | |
ROSEWOOD | Rosewood ialah nama bagi beberapa jenis kayu dalam genus botani Dalbergia. | UMUM | |
ORDER | Order ialah unit pengelasan saintifik. Organisma dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama yang dinamakan alam, filum, kelas, order, famili, genus, dan spesies. Anggota sesuatu order berkaitan lebih rapat daripada anggota sesuatu kelas. Bagaimanapun, anggota order tidak berkaitan terlalu rapat sebagaimana anggota famili. Lihat juga Pengelasan saintifik ( jadual). | UMUM | |