| GEORGETOWN | | UMUM | |
| ULAMA PULAU PINANG | ULAMA PULAU PINANG, golongan ahli agama yang terdapat di Pulau Pinang. Sebelum ketibaan Francis Light, terdapat sebuah perkampungan Melayu di Batu Uban yang diketuai oleh Nakhoda Haji Muhammad Salleh (Nakhoda Intan), seorang ulama yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Tetapi, para ulama yang lebih masyhur di pulau itu telah muncul di sekitar bandar Georgetown dan daerah Seberang Pantai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| SAUDARA SINARAN BERHAD | SAUDARA SINARAN BERHAD, penerbit dan pencetak yang ditubuhkan pada tahun 1952. Saudara Sinaran Berhad (SSB) pada mulanya dikenal sebagai Sinaran Brothers. Penerbit ini terletak di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun 1959, ia telah membeli sebuah percetakan di Lebuh Ah Queen, di pinggir bandar Georgetown. SSB diusahakan oleh Mansor Sanusi dan Jaldin Sanusi. | SASTERA | Institusi/Organisasi |